Photobucket

Wednesday, February 24, 2010

SALAM MAULIDUR RASUL SAW 1431H

Assalamualaikum wth.

Sukacita dimaklumkan bahawa Masjid Saidina Abu Bakar As Siddiq, Bangsar, KL di bawah JK Dakwah Dan Ibadah akan mengadakan Ceramah Maulidur Rasul SAW 1431H yang akan diadakan seperti maklumat di bawah :


Klik pada iklan untuk gambaran yang lebih jelas.

Rasulullah SAW.. Aku Cinta Pada Mu.. !
Berselawatlah kepada Baginda.. !

Tuesday, February 23, 2010

RISMAS KEMBALI..!

Klik pada iklan untuk gambaran yang lebih jelas.

Alhamdulillah..
Sekarang RISMAS kembali.. (Rujuk Iklan)
Jom kita memeriahkan xtvt masjid..!

"RISMAS HEBAT...!"

Sunday, February 21, 2010

Sayyidah Fatimah Az Zahra'



Dia membesar dalam suasana kesusahan. Bondanya pergi ketika usianya terlalu muda dan masih memerlukan kasih sayang seorang ibu. Sejak itu,dialah yang mengambil alih tugas menguruskan rumahtangga seperti memasak, mencuci, mengemas rumah dan menguruskan keperluan ayahandanya.

Di sebalik kesibukan itu, dia juga adalah seorang yang paling kuat beribadah. Keletihan yang ditanggung akibat seharian bekerja menggantikan tugas ibunya yang telah pergi itu, tidak pula menghalang .Sayidatina Fatimah daripada bermunajata dan beribadah kepada Allah SWT.Malam- malam yang dilalui, diisi dengan tahajud, zikir dan siangnya pula dengan sembahyang, puasa, membaca Al Quran dan lain-lain.

Setiap hari,suara halusnya mengalunkan irama Al Quran.Di waktu umurnya mencapai 18 tahun, dia dikahwinkan dengan pemuda yang sangat miskin hidupnya. Bahkan oleh kemiskinan itu, untuk membayar mas kahwin pun suaminya tidak mampu lalu dibantu oleh Rasulullah SAW.

Setelah berkahwin kehidupannya berjalan dalam suasana yang amat sederhana, gigih dan penuh ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya. Digelar Singa Allah, suaminya Sayidina Ali merupakan orang kepercayaan Rasulullah SAW yang diamanahkan untuk berada di barisan hadapan dalambala tentera Islam. Lalu, seringlah Sayidatina Fatimah ditinggalkan oleh suaminya yang pergi berperang untuk berbulan-bulan lamanya. Namun dia tetap redha dengan suaminya. Isteri mana yang tidak mengharapkan belaian mesra daripada seorang suami.

Namun bagi Sayidatina Fatimah r.ha, saat-saat berjauhan dengan suami adalah satu kesempatan berdampingan dengan Allah SWT untuk mencari kasih-Nya, melalui ibadah-ibadah yang dibangunkan.Sepanjang pemergian Sayidina Ali itu, hanya anak-anak yang masih kecil menjadi temannya. Nafkah untuk dirinya dan anak-anaknya Hassan, Hussin, Muhsin, Zainab dan Umi Kalsum diusahakan sendiri.

Untuk mendapatkan air, berjalanlah dia sejauh hampir dua batu dan mencedoknya dari perigi yang 40 hasta dalamnya, di tengah bahang mentari padang pasir yang terik.Kadangkala dia berlapar sepanjang hari. Sering pula dia berpuasa dan tubuhnya sangat kurus hingga menampakkan tulang di dadanya.Pernah suatu hari, sedang dia tekun bekerja di sisi batu pengisar gandum, Rasulullah datang berkunjung ke rumahnya.

Sayidatina Fatimah yang amat keletihan ketika itu lalu meceritakan keperitan hidupnya itu kepada Rasulullah SAW. Betapa dirinya teruk bekerja, mengisar tepung, mengangkat air, memasak serta melayan anak-anak. Dia berharap agar Rasulullah dapat menyampaikan kepada Sayidina Ali, kalau mungkin bolehdisediakan untuknya seorang pembantu rumah. Rasulullah saw merasa belas terhadap penanggungan anakandanya itu.

Namun baginda amat tahu, sesungguhnya Allah memang menghendaki kesusahan bagi hamba-Nya sewaktu di dunia untuk membeli kesenangan di akhirat. Mereka yang rela bersusah payah dengan ujian di dunia demi mengharapkan keredhaan-Nya, mereka inilah yang mendapat tempat di sisi-Nya.Lalu dipujuknya Fatimah r.ha sambil memberikan harapan dengan janji-janji Allah. Baginda mengajarkan zikir, tahmid dan takbir yang apabila diamalkan, segala penanggungan dan bebanan hidup akan terasa ringan.

Ketaatannya kepada Sayidina Ali menyebabkan Allah SWT mengangkat darjatnya. Sayidatina Fatimah tidak pernah mengeluh dengan kekurangandan kemiskinan keluarga mereka. Tidak juga dia meminta-minta hingga menyusah-nyusahkan suaminya.

Dalam pada itu, kemiskinan tidak menghilang Sayidatina Fatimah untuk selalu bersedekah. Dia tidak sanggup untuk kenyang sendiri apabila ada orang lain yang kelaparan. Dia tidak rela hidup senang dikala orang lain menderita. Bahkan dia tidak pernah membiarkan pengemis melangkah dari pintu rumahnya tanpa memberikan sesuatu meskipun dirinya sendiri seringkelaparan.

Memang cocok sekali pasangan Sayidina Ali ini kerana Sayidina Ali sendiri lantaran kemurahan hatinya sehingga digelar sebagai 'Bapa kepada janda dan anak yatim' di Madinah.Namun, pernah suatu hari, Sayidina Fatimah telah menyebabkan Sayidina Ali tersentuh hati dengan kata-katanya. Menyedari kesilapannya, Sayidatina Fatimah segera meminta maaf berulang-ulang kali. Apabila dilihatnya air muka suaminya tidak juga berubah, lalu dengan berlari-lari anak dia mengelilingi Sayidina Ali. Tujuh puluh kali dia 'tawaf' sambil merayu-rayu memohon dimaafkan.

Melihatkan aksi Sayidatina Fatimah itu, tersenyumlah Sayidina Ali lantas memaafkan isterinya itu,

."Wahai Fatimah, kalaulah dikala itu engkau mati sedang Ali tidak memaafkanmu, nescaya aku tidak akan menyembahyangkan jenazahmu,"

Rasulullah SAW memberi amaran kepada puterinya itu apabila perkara itu sampai ke pengetahuan baginda. Begitu sekali kedudukan seorang suami yang ditetapkan Allah SWT sebagai pemimpin bagi seorang isteri. Betapa seorang isteri itu perlu berhati-hati dan sangat berhalus di saat berdepan dengan suami. Apa yang dilakukan Sayidina Fatimah itu bukanlah disengajakan.

Apatah lagi, bukan juga dia merungut-rungut, marah-marah, meninggi suara, bermasam muka, merajuk atau lain-lain keranah yang menyusahkan Sayidina Ali k.w. Pun Rasulullah SAW berkata begitu terhadapnya.Semasa perang Uhud, Sayidatina Fatimah telah turut sama merawat luka Rasulullah. Dia juga turut bersama Rasulullah semasa peristiwa penawanan Kota Makkah dan ketika ayahandanya mengerjakan 'Haji Wida' pada akhir tahun 11 Hijrah.

Dalam perjalanan haji terakhir ini Rasulullah SAW telahjatuh sakit. Sayidatina Fatimah tetap di sisi ayahandanya. Ketika itu Rasulullah membisikkan sesuatu ke telinga Fatimah r.ha yangmembuatkannya menangis, kemudian Nabi SAW membisikkan sesuatu lagi yang membuatkannya tersenyum.Dia menangis kerana ayahandanya telah membisikkan kepadanya berita kematian baginda. Namun, sewaktu ayahandanya menyatakan bahawa dialah orang pertama yang akan berkumpul dengan baginda di alam baqa', gembiralah hatinya.

Sayidatina Fatimah meninggal dunia enam bulansetelah kewafatan Nabi SAW, dalam usia 28 tahun dan dimakamkan di Perkuburan Baqi', Madinah.Begitu sekali wanita yang utama, agung dan namanya harum tercatat dalam al-Quran, disusah-susahkan hidupnya oleh Allah SWT. Sengaja dibuat begitu oleh Allah kerana Dia tahu bahawa dengan kesusahan itu, hamba-Nya akan lebih hampir kepada-Nya.

Begitulah juga dengan kehidupan wanita-wanita agung yang lain. Mereka tidak sempat berlaku sombong sertamembangga diri atau bersenang-senang. Sebaliknya, dengankesusahan-kesusahan itulah mereka dididik oleh Allah untuk sentiasa merasa sabar, redha, takut dengan dosa, tawadhuk (merendah diri), tawakkal dan lain-lain.

Ujian-ujian itulah yang sangat mendidik mereka agar bertaqwa kepada Allah SWT. Justeru, wanita yang berjaya di dunia dan di akhirat adalah wanita yang hatinya dekat dengan Allah, merasa terhibur dalam melakukan ketaatan terhadap-Nya, dan amat bersungguh-sungguh menjauhi larangan-Nya, biarpun diri mereka menderita.


-dipetik dari : www.halaqah.net

Wednesday, February 17, 2010

Sehari Bersama Al Ghazali

Hari itu, aku berjumpa al-Ghazali. Janggutnya panjang, renungan matanya tajam, badannya kurus, pipinya cengkung, kelibatnya agung sekali. Orang yang khalis, matanya tajam penuh bercahaya dek menjaga daripada melihat perkara yang mungkar, alangkah, jauhnya jika dibandingkan dengan aku. Badannya yang kurus dan pipinya yang cengkung tanda seorang yang suka berpuasa dan mendambakan diri sepenuhnya kepada dunia keilmuan. Siapa tidak kenal beliau, tulisannya merata di dunia ini.
“Semua orang mengenali tuan. Tulisan tuan yang sudah lama,namun masih relevan dan masih ditatap sehingga sekarang. Kata-kata tuan sungguh berisi dan bermakna, apa rahsianya?” aku bertanya sekadar inginkan kepastian.
Beliau kulihat menundukkan kepala, beristighfar seketika, tanda merendah diri dan tawadahu’ seorang alim yang wara’. Alim itu tanda orang yang menguasai ilmu dalam kepala dan ingatannya. Faqih itu tanda orang hikmah yang memahami secara isi dalam, bukan sahaja kulit luar. Wara’ itu tanda orang yang menjauhi perkara syubhat apa lagi perkara haram. Zuhud itu tanda orang yang memalingkan keinginannya daripada keduniaan yang mencengkam. Tawadhu’ itu tanda orang yang sentiasa sedar dirinya hanya dari air mani yang hina, tidak lebih dari itu.

Abid itu tanda orang yang selera dan ghairah beribadat serta sentiasa tenggelam dalam kerinduan bercinta dengan Tuhan Yang Maha Pengasih. Mukhlis itu tandaornag yang mengejar akhirat sehingga terlupa dunia. Semua itu ada pada a-Ghazali, yang membuatkan seluruh dunia jatuh segan dengan peribadi beliau.
“Aku mengenali Allah sebagai Tuhanku, lalu aku mengembara dalam mencari rahsia hidup yang sebenar, sehingga aku mengerti, bahawa dunia ini hanyalah fatamorgana,” balasnya sedikit sedangkan air matanya kelihatan mengalis membasahi pipinya.
Alangkah, apakah aku mengenali Allah? Persoalan itu kian membuatkan nafas aku termengah-mengah, aku terduduk. Apakah aku mengenali Allah sebagaimana al-Ghazali mengenali zat-Nya yang Maha Quddus? Apakah aku hanya mengenali Allah sebagai pemberi pahala dan dosa, bukannya Tuhan yang harus kucinta? Apakah aku hanya mengenali Allah sebagai Tuhan yang memiliki syurga dan neraka sedangkan aku terlupa Allah sebagai Tuhan yang harus kurindu sepanjang masa?
“Dan barangsiapa mengharapkan pertemuan yang baik dengan Tuhannya kelak, maka hendaklah ia beramal soleh dan jangan ia mensyirikkan-Nya dengan segala sesuatu” (Al-Kahfi)
“Apakah tanda orang yang tawadhu’ itu tuan?” aku bertanya lagi ingin mendapatkan kepastian.
“Wahai anak muda, tidakkah engkau memerhatikan kalam Ibn ‘Ataillah? Tanamlah kewujudan dirimu dalam bumi yang terpencil, maka sesungguhnya sesuatu yang tidak ditanam, maka tidak sempurna natijahnya”,
al-Ghazali sekali membuatkan aku terkedu. Menanam kewujudan diri, agar tidak gila mencari kemasyhuran, tidak gila ingin mendapat harta dan pangkat, tidak gila namanya disebut-sebut. Ya,barangsiapa mengejar dunia, dunia akan mendatanginya sedangkan akhirat menjauhkan diri. Barangsiapa mengejar akhirat, maka akhirat dan dunia, kedua-duanya akan berlari mendapatkannya.
“Bagaimana pula dengan orang yang khauf?”.
Al-Ghazali sekali lagi menundukkan kepala, lalu ia menangis teresak-esak. Tangisannya semakin lama semakin membingit, semakin banyak air mata yang tumpak dan bahunya terangkat-angkat menahan sebak. Aku panik dibuatnya, tetapi inilah realiti orang yang soleh, sentiasa takut dengan janji-janji azab dari Allah. Mereka mengerti Allah Maha Pengampun,tetapi mereka juga sangat memahami bahawa seksaan Tuhan amatlah perit tidak tertanggung.

“Anakku, Ibn Mas’ud menyebut, orang mukmin melihat dirinya yang berdosa seperti ia berada di bawah bukit, takut bukit itu akanmenimpa dirinya. Sedangkan orang munafiq melihat dosanya seperti lalat yang singgah di hidung”.
Aku tergamam mendengarnya. Aku semakin takut, kerana aku sedar dosaku bertimbun banyaknya. Dosaku jika dibandingkan dengan al-Ghazali, ibarat lautan dengan setetes air. Neraka itu semakin menghampiriku, sedangkan bau syurga semakin menipis.

Al-Ghazali itu benar-benar orang yang berilmu dan bijaksana, alim serta soleh. Ia tidak perlu berbicara untuk mendidik orang,kerana cukuplah peribadinya mendidik dan mengasuh orang agar tunduk kepada ajaran agama.

Nurul Ilmi,cahaya ilmu itu perlu kepada ‘Ainul Yaqin, iaitu keyakinan yang turut berpaksikan ‘Ainul Basirah. Apabila ‘Ainul Basirah diasah dari semasa ke semasa, takhalli daripada perbuatan yang menjauhkan diri daripada Allah, tahalli dengan amal mahmudah disusuli dengan tajalli, maka akan lahirlah Haqqul Yaqin ataupun ‘Ainul Haqqi.

Allah berkata kepada Daud,
“Hai Daud, kenalilah Aku dan kenal pulalah dirimu”. Maka Daud bermunajat, kata baginda, “Wahai Tuhanku, aku kenal Engkau dengan sifat keesaan-Mu, kekuatan yang Maha Agung dan hidup yang kekal terus-menerus yang tidak ada batasnya, dan aku kenal diriku dengan kedhaifannya, kelemahannya dan tidak kekal”.
Seseorang bertanyakan Abu Bakar,
“Dengan apa engkau mengenali Tuhanmu?”.
Abu Bakar menjawab,
“Aku mengenali Tuhanku dengan Tuhanku, dan jika bukan kerana Tuhanku, nescaya aku tidak mengenali Tuhanku”.
Yang hanya meletakkan Allah di hati namanya fana’. Allah berfirman di dalam Surah Al-Rahman,
“Segala sesuatu akan binasa. Dan kekallah Tuhan yang memiliki ketinggian dan kemuliaan”.
Rintih munajat turut mendendangkan, Hasbi Rabbi jallaLlah, ma fi qalbi ghairuLlah.

Yang membulatkan ingatan dan perasaan kepada Allah namanya Baqa’. Yang mabuk dalam cinta kepada Allah namanya Sakr. Apakah engkau tidak memerhatikan seseorang ang mabuk bercinta dengan kekasihnya, tidurnya tidak tenang, perilakunya gelisah, apabila mendengar sesuatu yang buruk menimpa kekasihnya, ia akan menjadi sangat resah?

Itu baru percintaan dengan makhluk,sedangkan al-Ghazali tenggelam dalam percintaan dengan Khaliq yang kaya dengan erti cinta. Ia sering dikejar rasa resah kerana teringatkan dosanya yang senipisdebu sedangkan kita tidak tergugah langsung dengan dosa kita yang membukit. Al-Ghazali sering diburu rasa rindu dengan syurga Allah sehingga membuatkkannya tidak tenang jika masanya tidak terisi dengan amal ibadat dan zikir yang berpanjangan.

Syair ada menyebut, dan aku dapat merasakan syair itu ada kaitan yang sangat erat dengan peribadi dan akhlak al-Ghazali,
“Aku tidak ingin pakai baju selain Engkau memakaikan kepadaku,
Aku tidak menerima dunia jika selain Engkau yang memberikannya”

Thursday, February 11, 2010

CICAK Si Penjahat Kecil


DARIPADA Amir bin Saad daripada bapanya (Saad bin Abi Waqas), katanya:


“Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW telah memerintahkan supaya membunuh cicak dan Baginda menamakannya ‘si penjahat kecil’.” (Hadis riwayat Muslim)

Pada zaman Nabi Ibrahim berlaku satu kisah ketika baginda dibakar oleh kaumnya, seekor burung kecil terbang berulang-alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar itu. Itulah yang dilakukannya berulang kali. Tingkah lakunya diperhatikan oleh makhluk Allah yang lain, lalu bertanya kepada burung kecil itu:

“Untuk apa kau berpenat lelah mengambil air berulang alik, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim tidak akan terpadam dengan air yang kau siramkan itu.”

Burung itu menjawab:

“Memang ia tidak akan dapat memadamkan api itu, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu atau pun tidak.”

Berlainan pula dengan cicak yang bertindak jahat dengan menghembus-hembus api yang membakar Nabi Ibrahim. Ia dengan harapan api akan menjadi lebih marak untuk terus membakar Nabi Ibrahim, walaupun sebenarnya hembusan itu tidak membawa kesan ke atas api berkenaan.


-Ihsan dari www.myqalam.net

Wednesday, February 3, 2010

SEMBANG AGAMA BERSAMA REMAJA / PEMUDA..


Alhamdulillah..

Jom sama-sama kita memeriahkan program ini.. Sembang-sembang secara santai sambil minum ayaq teh..

Program ini terbuka kepada semua.. terutamanya remaja / pemuda.. brothers and sisters...

Jom..!

Tuesday, February 2, 2010

KEJAR DUNIA, USAH SAMPAI LUPA AKHIRAT.

MALAS adalah satu penyakit. Ia menimpa semua orang termasuk remaja. Malas ada bermacam ragam, ada malas belajar, malas kerja, malas bercakap, malas makan serta seribu satu macam jenis malas lagi.Malas ada risiko dan akibatnya, tetapi apa yang menakutkan adalah kalau malas beribadat. Akibat dan risiko malas yang lain boleh ditanggung, tetapi kalau malas beribadat tidak mampu ditanggung rasanya.

Siapa yang sanggup menanggung azab sengsara dibakar api neraka?.Perhatian kita terhadap penyakit malas ibadat amat menurun dan corot terutama terhadap anak remaja kita. Lihat saja kalau anak kita tidak ke kelas tambahan atau tuisyen, bukan main marah kita maki dan kadang-kadang pukul mereka.Berbanding keadaan kalau anak kita tidak menunaikan solat, puasa atau anak gadis tidak menutup aurat, tidak kita dengar suara menyuruh atau berleter.

Kadang-kadang yang kita temui apabila emak atau ayah menyuruh adalah yang tolong bela. “Kasihan budak tu...biarlah dia tidur, di asrama tak cukup tidur...,” bela emak pada anaknya yang balik bercuti.Kita memberi perhatian kepada pelajaran yang akan memberi skor ‘A’ dalam peperiksaan, tetapi bagi pelajaran fardu ain, kita buat tidak endah saja.

Sebenarnya ini penyuburan nilai tidak prihatin kita yang ditanamkan terhadap anak tanpa kita sedari. Kita lebih khuatir masa depan dunia anak kita daripada masa depan agama mereka.Dunia memang penting. Islam tidak pernah menolak dunia yang sehingga al-Quran mewasiatkan dalam firman Allah yang bermaksud:

“Carilah apa yang dikurniakan Allah terhadap perkara akhiratmu dan janganlah kamu lupa urusan dunia kamu...”
Jangan lupa dunia antara mesejnya, tetapi jangan pula leka mencari dunia sehingga lupakan akhirat, kadang-kadang bukan saja lupa akhirat, malah Allah sebagai Tuhan yang disembah pun dilupakan juga.Memang patut kita risau kalau anak kita tidak berjaya di dunia, tetapi lebih patut lagi kita risau kalau anak ke neraka gara-gara gagal beribadat ketika di dunia.

Pesan dan motivasi anak supaya bersungguh-sungguh belajar, tetapi jangan lupa hendak berpesan kepada mereka supaya tidak mengabaikan ibadat terutama solat sebagai tiang agama.Nabi Yaakub berpesan kepada semua anaknya sebelum wafat,

“...apakah yang kamu sembah selepas kematianku...”
Bagi yang lalai dan terlalu leka dengan dunia mungkin pesanannya sebelum mati,

“...anak-anakku apa yang akan kamu makan selepas kematianku...”


-dipetik daripada http://www.iluvislam.com-