Photobucket

Tuesday, March 30, 2010

Mendamba Kebahagiaan..



Kebahagian yang kekal adalah di syurga.


Sedangkan kebahagian dunia adalah kebahagian yang sementara.


Perbagai kebahagian yang dicari :


*Kebahagian fizikal sehingga melupakan keperluan roh.


*Kebahagian roh hingga melupakan keperluan fizikal.
*Mengejar kebahagian hingga lupakan keperluan roh dan juga fizikal.

Kebahagian yang membentuk hati yang tenang adalah Islam.
Dalam Islam, agama itulah salah satu kebahagian.
Allah menyeru kita kepada syurga. Begitulah Allah mengalakkan kita mengejar syurga keranasyurgalah kebahagian yang kekal abadi.

Bila Allah sayang kepada hambanya Allah akan mengujinya.
Hidup seorang mukmin yang bertakwa penuh dengan ketenangan kerana
setiap nikmat disyukurinya dan setiap dugaan direhdainya.
Mereka hanya mencari kebahagian, ketenangan dan kerehdaan hanya pada Allah.


Syeikh Qutub berkata " Hidup bersama Al-Quran adalah satu nikmat yang mereka tidak mengetahuinya, melainkan bagi mereka yang pernah melaluinya".
Dalam ibadah juga kita mampu mendapat satu kebahagian. Menghayati maksud bacaan dalam solat juga adalah satu kebahagian.
Sebab-sebab wujudnya kebahagian:
 1) Terima hidup seadanya (rehda)
Dunia ini diciptakan Allah dalam jernih ada keruhnya,
tapi kamu pula nak bersih dalam semuanya.
2) Senantiasa bersyukur
Mampu melihat akhirat itu lebih dari dunia.
3) Tidak fikir yang negatif
Jangan terlampau bersedih dengan masa lalu dan jangan terlampau risaukan masa yang akan datang.
4) Tidak terlalu berkesan dengan pandangan negetif.
Kalau kebaikan yang kita lakukan, tidak semuanya orang akan senang dengan kita, maka carilah bagaimana harus kita menerimanya?
5) Selalu berdoa
Untuk mendapat kebahagian dunia dan akhirat, selalu hadirkan diri dengan Allah.
6) Berkawan dengan sahabat yang mampu menyokong dan memberi semangat dalam kehidupan.
7) Ilmu
Bila hidup dengan berilmu, ia adalah salah satu kebahagian dalam kehidupan.

Friday, March 26, 2010

INI YANG SYAITAN TAKUT..!!


Ada seorang manusia yang bertemu syaitan di waktu subuh. Entah bagaimana awalnya, akhirnya mereka berdua sepakat mengikat tali persahabatan. Ketika waktu subuh berakhir dan orang itu tidak mengerjakan solat, maka syaitan itu pun sambil tersenyum bergumam “orang ini memang boleh menjadi sahabatku”. 


Begitu juga ketika waktu zuhur, sahabatnya itu tidak mengerjakan solat. Syaitan tersenyum lebar sambil menyebut “rupanya inilah bakal teman sejatiku di akhirat nanti”. Ketika waktu asar hampir habis dan rakan manusianya itu dilihat masih juga asyik dengan kerjanya tanpa mempedulikan waktu solat, syaitan mula terdiam. 

Kemudian ketika datang waktu maghrib, ternyata kawannya itu tidak solat juga. Syaitan nampak mulai gelisah, senyumnya sudah berubah menjadi kecut. Dari wajahnya nampak bahawa ia seolah-olah sedang mengingati sesuatu. Berkeriut wajahnya membentuk seribu kedutan. Dan akhirnya ketika dilihatnya sahabatnya itu tidak juga mengerjakan solat isya’, maka syaitan menjadi panik. 

Ia rupanya tidak dapat menahan diri lagi, dihampirinya sahabat manusianya itu sambil berkata dengan penuh ketakutan “wahai sahabat, aku terpaksa memutuskan persahabatan kita !!”. 

Dengan kehairanan manusia ini bertanya “kenapa engkau ingkar janji, bukankah baru pagi tadi kita telah berjanji untuk menjadi sahabat ?”. 

“Aku takut…”, jawab syaitan dengan suara gementar. “Nenek moyangku saja dulu hanya sekali membangkang perintah-Nya ( sujud kepada Nabi Adam as ) telah dilaknat selama-lamanya, inikan pula engkau yang hari ini saja aku saksikan telah lima kali membangkang untuk bersujud kepada-Nya( sujud kepada pencipta Nabi Adam ), tidak terbayang oleh aku bagaimana besarnya murka Allah kepada kamu”, kata syaitan sambil beredar pergi. Memutuskan persahabatan dengan manusia tadi atas alasan takut.

Tuesday, March 23, 2010

Gambar Eksklusif Barangan Rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam.


Subhanallah, kita beruntung dapat menatap gambar barangan Rasulullah SAW. Foto-foto ini kebanyakan adalah koleksi yang tersimpan dari berbagai tempat di beberapa negara:
 
Muzium Topkapy di Istanbul Turki, Jordania , Iraq dan negara-negara Timur Tengah lainnya. Selamat merasakan kelazatan menatap peninggalan-peninggalan ini. Semoga kerinduan kita semakin memuncak kepada Nabi Muhammad S.A.W, Kekasih Allah…Insya-allah. 


====================================================================================== 

Baju gamis Nabi SAW yang lusuh dan robek-robek. Ya Allah … betapa sederhananya baju pemimpin dunia yang suci dan agung ..!! 

Rasa nak menitik air mata melihat pakaian dan barangan peribadi Rasulullah SAW. Baginda yang sememangnya mendapat tempat di Syurga tertinggi 
pun begitu zuhud sekali. 

Kita begitu sibuk mengumpul harta dunia sedangkan hidup di dunia hanya sementara sahaja. Kehidupan di Akhirat adalah kehidupan yang kekal. 
Jika di dunia yang fana ini kita begitu cintakan dunia, layakkah kita nak masuk Syurga. Adakah kita mampu menahan siksaan api neraka? 

Gambar-gambar ekslusif ni dikongsikan dengan tujuan supaya kita muhasabah diri kita. Kita ikhlas berbelanja seluar Levi’s yang berharga RM200 +
, RM60-RM70 untuk sehelai t’shirt, berapa ratuskah yang kita ikhlas keluar untuk jalan Allah? 

Kita sanggup menonton siaran langsung bolasepak dari menghayati Maal Hijrah, kita sanggup bersengkang mata mengadap laptop dari sembahyang tahajjud, 
kita mengagungkan pemimpin yang macamana? Kita mengamalkan riba dalam jual beli, kita tak kisah halal haram dalam kehidupan.
 
Kita menghina mereka yang ingin memperjuangkan Islam . Ya Allah tunjukkan kami jalan yang benar dan ampunkan dosa kami. Sama-sama mengingati. 
Sebahagian dari baju Gamis Rasulullah yang telah robek. 


Baju,tongkat dan barang-barang Rasulullah SAW 





Bekas tapak kaki Baginda Rasulullah SAW 









Jubah Rasulullah SAW















                                            




Sandal Rasulullah S.A.W







Cop surat rasmi Rasulullah SAW.












Serban-serban yang pernah dipakai Baginda. 

Beberapa helai rambut Rasulullah SAW 









Mangkuk tempat minum Nabi Muhammad SAW 







Kotak milik putri tercinta Nabi SAW, Sayyidah Fatimah Az-Zahra R.A. 


Peninggalan gigi dan rambut Baginda Rasulullah SAW. 
Kunci Kaabah di zaman Rasulullah SAW 


Bendera Rasulullah SAW 


Topi perang Rasulullah SAW 


Busur panah Rasulullah SAW 













Surat Nabi SAW kepada Raja Muqauqas, Mesir
















Surat Rasulullah SAW pada Raja Heraclius
Surat Nabi SAW kepada Kaisar Romawi abad ke- 7

 Surat Nabi SAW kepada rakyat Oman, Arab Selatan 



Surat Nabi SAW kepada Raja Nijashi, Raja Habsyah 





Makam Siti Aminah, Ibunda Rasululllah SAW







 Butiran pasir yang diambil dari makam Nabi Muhammad SAW 

PINTU EMAS MAKAM NABI MUHAMMAD SAW 
Keranda dan makam Nabi Agung, Nabi Muhammad SAW 










Kongsikan bersama teman-teman. Jazakallah.
- artikel ini dikongsikan oleh Tuan Haji Kamaralzaman Arshad
(Mantan Bendahari MSABA, jemaah MSABA). Moga Allah merahmati beliau.