Photobucket

Sunday, December 26, 2010

PEMBINAAN ANJUNG II MASJID SABA : MAJLIS HI TEA DAN FORUM


BAGI MENGUMPUL DANA BAGI PEMBINAAN ANJUNG II
MASJID SAIDINA ABU BAKAR AS SIDDIQ, BANGSAR, KUALA LUMPUR AKAN MENGANJURKAN..

KLIK UNTUK BESARKAN IKLAN.

Perumpamaan (SEDEKAH yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan SEBUTIR benih yang menumbukan TUJUH butir; pada TIAP-TIAP butir;adalah SERATUS biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunianya) lagi Maha mengetahui. (AL BAQARAH : 261 )


BORANG BELI MEJA

KLIK UNTUK BESARKAN BORANG
ANDA BOLEH MEMUAT TURUN (DOWNLOAD) BORANG BELI MEJA, KERUSI ATAU SUMBANGAN IKHLAS ANDA DI SINI:


MEJA UNTUK MAJLIS HI TEA DAN FORUM BOLEH DIBELI DENGAN HARGA-HARGA BERIKUT :


RM 3000.
RM 2000.
RM 1000.
RM 750.


1 KERUSI : RM 75 

CEPAT..! USAH TUNGGU LAGI UNTUK MEMBUAT KEBAJIKAN..!



LAKARAN ANJUNG II MASJID SAIDINA ABU BAKAR AS SIDDIQ YANG BAKAL DI BINA :

KLIK UNTUK BESARKAN GAMBAR

KLIK UNTUK BESARKAN GAMBAR

ANDA JUGA BOLEH DATANG TERUS KE PEJABAT KAMI UNTUK URUSAN PEMBELIAN MEJA, KERUSI ATAU SUMBANGAN WAKAF IKHLAS ANDA. REBUTLAH PELUANG KEEMASAN INI.. YA, PELUANG UNTUK ANDA MENDAPAT PAHALA WAKAF YANG AKAN TERUS MENGALIR DAN MENJADI SAHAM YANG BERKEKALAN UNTUK DIRI ANDA DI AKHIRAT KELAK..!

DUNIA HANYA DESTINASI PERSINGGAHAN DALAM PERJALANAN MENUJU AKHIRAT YANG KEKAL ABADI.



 Akaun Bank Islam Malaysia Berhad, Akaun No. 
14-023-01-000485-1


 dan segala cek hendaklah di atas nama : 
" MASJID SAIDINA ABU BAKAR AS-SIDDIQ”.

sebarang pertanyaan boleh hubungi :
03 2283 3707 (pejabat masjid)
atau
mbangsar@yahoo.com (emel)



Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam 

bersabda:


والصدقة تطفىء الخطيئة كما تطفىء الماء النار

“Sedekah dapat menghapus dosa

 sebagaimana air memadamkan api.”

 (HR. Tirmidzi, di shahihkan Al Albani

 dalam Shahih At Tirmidzi, 614)



MENGAPA KITA PERLU MENUNGGU UNTUK MEMBUAT KEBAJIKAN..?USAH BERTANGGUH LAGI..!




Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?
Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
(as-Soff 61:10-11)

Monday, December 20, 2010

Monday, December 13, 2010

HARI ASYURA - PERISTIWA DAN AMALAN YANG DITUNTUT

Tanggal 10 Muharram dinamakan juga hari Asyura kerana pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi pejuang yang gigih menegakkan syiar islam.

Peristiwa yang berlaku pada hari Asyura:
  • Allah jadikan 7 petala langit dan 7 petala bumi.
  • Allah jadikan bulan,bintang,matahari dan cakrawala.
  • Allah jadikan Arasy,Loh Mahfuz,Kalam dan Malaikat.
  • Allah mencipta Nabi Adam Alaihissallam.
  • Allah menjadikan Siti Hawa.
  • Allah menjadikan Syurga.
  • Dimasukkan Nabi Adam ke dalam Syurga.
  • Taubat Nabi Adam diterima Allah.
  • Nabi Noh diselamatkan oleh Allah keluar dari bahtera setelah bumi tenggelam selama enam bulan.
  • Nabi Ibrahim dilahirkan dan 10 Muharram juga Baginda diselamatkan Allah daripada pembakaran Raja Zamrud.
  • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  • Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  • Pengelihatan Nabi Yaakob yang buta dipulihkan oleh Allah.
  • Nabi Ayub dipulihkan oleh Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  • Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan setelah berada didalamnya selama empat puluh hari dan empat puluh malam.
  • Laut merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa bersama pengikutnya daripada tentera Firaun.
  • Firaun dan pengikutnya tenggelam kedalam lautan tersebut.
  • Nabi Sulaiman dikurniakan Allah Kerajaan yang besar.
  • Hari pertama Allah mencipta alam dan menurunkan hujan.
Amalan-amalan sunat pada Hari Asyura:
  • Berpuasa-Pahalanya seperti mengerjakan haji dan umrah dan mati syahid.
  • Mandi dan membersihkan diri-Nescaya hatinya tidak akan mati dan tidak akan jatuh sakit pada tahun itu kecuali mati.
  • Melebihkan perbelanjaan dalam keluarga-Diluaskan Allah rezekinya serta beroleh keamanan dan kesihatan.
  • Mengusap kepala anak yatim dan menaruh belas kasihan terhadap mereka- Diangkat oleh Allah darjatnya kesyurga.
  • Sesiapa yang berbuat baik terhadap anak yatim pada hari Asyura, seolah-olah ia telah berbuat baik kepada semua anak yatim.
  • Menziarahi orang alim (banyak ilmu) dan belajar sesuatu ilmu daripadanya-Pahalanya seperti orang Muhajirin dan Ansar.
  • Menziarahi orang sakit - Pahalanya seolah-olah ia telah menziarahi semua orang yang sedang sakit.
  • Bersedekah - Pahalanya sepertiu bersedekah satu tahun kepada zuriat Nabi Adam dan seolah-olah ia tidak pernah menolak permintaan orang yang meminta kepadanya seumur hidup.
  • Membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1000 kali--Doanya dimakbulkan Allah.
  • Sunat bercelak mata - InsyaAllah tidak terkena sakit mata atau matanya dilindungi Allah daripada perkara maksiat.
  • Sunat menginai dan mengerat kuku.
  • Menjamu dan memberi minum kepada orang-Allah akan memberi seteguk air pada hari akhirat dimana dengan seteguk air itu tidak akan haus buat selama-lamanya.
  • Solat sunat 4 rakaat 1 salam pada waktu Asar - Diampunkan Allah dosanya selama 50 tahun terdahulu dan terkemudian.
  • Memperkukuhkan silaturrahim - Insya Allah dipanjangkan usianya.
  • Memperbanyakkan Zikir dan Selawat.( Khasbunnallah wa nikmal wakil, nikmal maula wa nikman nassir )