Photobucket

Friday, May 27, 2011

PROGRAM MENAMBAH DANA RISMAS:MEMBELI SAMBIL BERAMAL


JOM MEMBELI SAMBIL BERAMAL UNTUK MENAMBAH DANA KELAB REMAJA ISLAM MASJID SABA (RISMAS). UNTUK MAKLUMAT LANJUT DAN RUNDINGAN HARGA, SILA BERHUBUNG DENGAN PEJABAT MASJID. SEGALA HASIL JUALAN AKAN DISALURKAN UNTUK KELAB RISMAS SUPAYA DAPAT MENERUSKAN SEGALA AKTIVITI UNTUK REMAJA. SUMBANGAN ANDA PASTI AKAN DINILAI OLEH 
ALLAH TAALA.

Monday, May 9, 2011

PROGRAM PERDANA MASJID BANGSAR.. SAMA-SAMA KITA MEMERIAHKANNYA..

Klik pada imej untuk bacaan yang lebih jelas.

PROGRAM PERDANA MASJID SAIDINA ABU BAKAR
AS SIDDIQ, BANGSAR, KL
JEMPUT DATANG BERAMAI-RAMAI UNTUK MEMERIAHKANNYA..!

28 MEI 2011
SABTU
DEWAN SOLAT MASJID SABA, BANGSAR,KL

PROGRAM AKAN BERMULA DENGAN QIAMULLAIL PADA PUKUL 4 PAGI DI BAWAH BIMBINGAN
USTAZ SHAHRIZAN DAUD
(MENTOR IMAM MUDA MUSIM PERTAMA)

DAN DITERUSKAN DENGAN KULIAH SUBUH OLEH
USTAZ ZULKARNAIN HAMZAH
(PENGACARA IMAM MUDA ASTRO OASIS)
SAMA-SAMA KITA MEMERIAHKAN.. 1000 ORANG TURUN SOLAT SUBUH?ADAKAH MUSTAHIL.?
ANDA ADA JAWAPANNYA..

Sunday, May 8, 2011

GAMBAR-GAMBAR SEKITAR BENGKEL IMAM DAN BILAL SURAU-SURAU DI BAWAH SELIAAN MASJID SABA (BERSAMA UST TIRMIZI HJ ALI)








BENGKEL INI DADAKAN PADA 07 MEI 2011 DI DEWAN MASJID SABA. TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG HADIR.INSYAALLAH BENGKEL INI AKAN DIJADIKAN ACARA TAHUNAN. TERIMA KASIH JUGA KEPADA USTAZ TIRMIZI HJ ALI ( JUARA AQ MUSIM KE 4) KERANA SUDI HADIR MEMERIAHKAN ACARA TAHSIN BACAAN IMAM DAN AZAN PARA BILAL.

Wednesday, May 4, 2011

SEKITAR LAWATAN HELWA MASJID JAMIEK BANDAR BARU UDA, JOHOR BHARU





SEKITAR LAWATAN AHLI KARIAH MASJID KOLAM AYER,JOHOR BHARU KE MASJID SABA






Mengurat Dan Bercinta Menurut Islam

Adalah sesuatu yang amat perlu untuk seseorang itu memulakan mukadimah cinta dengan mengurat. Apakah hukum mengurat dan bercinta dalam Islam? Apakah dibenarkan seorang lelaki muslim berbual dengan perempuan muslim?. Semua persoalan ini mungkin bermain-main dibenak fikiran remaja muslim yang sangat menitikberatkan ajaran Islam. Bagi sahabat remaja muslim yang kurang mengambil berat persoalan ini, mungkin mereka akan mengunakan formula “pakai bedal sahaja”. Salah tanggapan dan silap fahaman terhadap persoalan ini boleh mewujudkan konflik dalam diri remaja muslim.


Secara kasarnya ada sesetengah ulama menganggap mengurat dan bercinta itu halal tetapi kebanyakkan ulama yang lain pula menganggap haram. Bagaimanapun dikalangan ulama Fekah terdapat beberapa orang ulama yang merupakan pencinta yang hebat seperti Daud az-Zahiri yang merupakan imam Mazhab az-zahiri. 

Sebenarnya mengurat dan bercinta sama-sama penting dalam kehidupan. Tiada siapa yang dapat lari daripada mengurat dan bercinta termasuk mereka yang bercinta selepas berkahwin. Hal ini kerana mereka yang bercinta selepas berkahwin akan melihat bakal isteri sebelum diijabkabulkan.

Selain itu jika cinta dianggap sebagai mukadimah kepada perkahwinan, maka mengurat pula dianggap sebagai mukadimah kepada bercinta. Kedua-dua ini berkait antara satu sama lain kecuali bagi mereka yang berkahwin atas pilihan keluarga.

Mengurat dan bercinta dianggap berguna jika ia membawa kepada kebaikan. Sebagai contoh..