Photobucket

Saturday, August 27, 2011

SALAM AIDILFITRI 1432 H / 2011 M


SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI KEPADA PARA JEMAAH MASJID SAIDINA ABU BAKAR AS SIDDIQ,BANGSAR,KL KHUSUSNYA DAN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM DI MALAYSIA. SEMOGA AIDILFITRI PADA KALI INI LEBIH BERMAKNA KEPADA ANDA SEMUA DAN ANDA DAPAT MENERUSKAN AKTIVITI IBADAT YANG DILAZIMI SEPANJANG MENGIKUTI UNIVERSITI RAMADHAN. TERUSKAN MENYOKONG DAN MENGIMARAHKAN RUMAH ALLAH. SESUNGGUHNYA MASJID ADALAH NADI KEPADA AGAMA ISLAM. HARI RAYA BUKAN TERLETAK PADA PAKAIAN YANG  CANTIK, TETAPI TERLETAK PADA HATI YANG BERSIH. KULLU 'AM WA ANTUM BI ALFI KHAIR.

Thursday, August 25, 2011

Tangisan Perpisahan Ramadhan

Apakah kita termasuk orang yang merindukan kehadiran bulan Ramadhan?
 
Jika ya, inilah keindahan bulan yang kita sangat rindukan itu sedang bersama kita. Inilah detik demi detik waktu yang kita lalui bersamanya.
 
Inilah :
  1. Masa-masa bahagia.
  2. Masa-masa semakin dekatnya jiwa bersama Allah swt.
  3. Masa-masa kedamaian.
Di mana ianya belum tentu kita temui ketika ia tidak bersama kita lagi.
 
Hiruplah dalam-dalam udara malam-malamnya.
 
Hiruplah dalam-dalam udara sahurnya.
 
Kita kini sedang berada pada hari-hari perpisahan yang sangat memilukan.
  1. Perpisahan dengan bulan mulia yang telah hadir bersama seluruh keindahan dan keistimewaannya bersama kita.
  2. Perpisahan dengan bulan yang paling dirindui yang keutamaannya tidak dapat dikalahkan oleh apapun yang terindah dalam hidup ini.
Jika Rasulullah saw bersabda :
 
"Barang siapa melakukan satu ibadah sunnah dalam bulan Ramadhan, maka ia seperti orang yang melakukan ibadah wajib di bulan selain Ramadhan. Dan barang siapa yang melakukan ibadah wajib di bulan Ramadhan maka ia seperti orang yang melaksanakan 70 ibadah wajib di selain bulan Ramadhan". (HR Ibnu Khuzaimah)
 
Maka, berpisah dengan bulan ini bererti kita meninggalkan kesempatan meraih pahala kebaikan yang berlipat kali ganda.
 
Jika Rasulullah saw bersabda :
 
"Ada dua kegembiraan bagi orang yang berpuasa, kegembiraan saat berbuka dan kegembiraan tatkala bertemu dengan Allah." (HR Bukhari dan Muslim)
 
Maka, perpisahan dengan bulan ini, bererti terhapusnya dua momentum kegembiraan di kala berbuka puasa itu.
Jika Rasulullah saw bersabda :
 
"Barangsiapa yang berpuasa kerana keimanan dan semata-mata mengharap pahala, niscaya diampuni dosanya yang telah lalu. (HR Bukhari dan Muslim)
 
Maka, perpisahan dengan bulan ini bererti hilangnya kesempatan kita untuk memperolehi keampunan Allah swt terhadap dosa-dosa kita yang menggunung.
 
Jika Rasululah saw bersabda :
 
"Barangsiapa yang menunaikan Qiyamullail pada bulan Ramadhan kerana keimanan dan mengharapkan pahala, niscaya akan diampuni dosa-dosa-nya yang telah lalu." (HR Bukhari dan Muslim)
 
Maka selesainya kebersamaan kita dengan bulan Ramadhan adalah petanda lenyapnya kesempatan kita untuk menunaikan solat malam dengan jaminan pahala ampunan di atas dosa dan kekhilafan yang kita sudah tenggelam di dalamnya.
 
Jika Rasulullah saw bersabda :
 
"Siapa sahaja yang solat tarawih bersama imam hingga selesai, akan ditulis baginya pahala solat semalam suntuk (HR Abu Dawud, At-Tirmizi, An-Nasai’e dan Ibnu Majah)
 
Lalu bagaimana dengan kualiti ibadah solat tarawih yang sudah kita lakukan?
 
Perpisahan dengan bulan suci ini bererti juga kita akan kehilangan pahala solat tarawih iaitu kehilangan pahala semalam suntuk. 
 
Para salafussoleh, selama bulan ini berlumba-lumba memperbanyakkan membaca Al Qur’an.
 
Malaikat Jibril memperdengarkan Al Qur’an kepada Rasulullah saw pada bulan Ramadhan.
 
Utsman bin Affan mengkhatamkan Al Qur’an setiap hari pada bulan Ramadhan.
 
Sebahagian salafussoleh mengkhatamkan Al Qur’an dalam solat tarawih setiap tiga malam sekali, tujuh malam sekali dan sepuluh malam sekali.
 
Mereka sentiasa membaca Al Qur’an samada di dalam solat ataupun di luar solat.
 
Imam Asy-Syafi’ie dapat mengkhatamkan Al Qur’an sebanyak enam puluh kali di luar solat dalam bulan Ramadhan.
 
Sementara Al-Aswad mengkhatamkannya setiap dua hari sekali.
 
Qatadah sentiasa mengkhatamkannya setiap tujuh hari sekali di luar Ramadhan, sedangkan pada bulan Ramadhan ia mengkhatamkannya setiap tiga hari sekali manakala pada sepuluh terakhir bulan Ramadhan ia mengkhatamkannya setiap malam.
 
Pada bulan Ramadhan, Imam Az-Zuhri menutup majlis-majlis hadits dan majlis-majlis ilmu yang biasa diisinya kerana semata-mata mengkhususkan diri membaca Al Qur’an dari mushaf.
 
Bagi Imam Ats Tsauri pula, beliau meninggalkan ibadah-ibadah lain dan mengkhususkan diri untuk membaca Al Qur’an.
 
Jika mereka demikian tingginya semangat dan mujahadahnya dalam membaca Al Qur’an di bulan ini, maka bagaimana dengan ibadah membaca Al Qur’an yang kita lakukan?
 
Apabila Ramadhan berlalu, ia bererti kita pun kehilangan kesempatan agung untuk memperolehi barakah istimewa dari membaca Al Qur’an di bulan ini.
 
Jika Allah swt berfirman :
 
"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur’an) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan (QS Al-Qadr : 1-3).
 
Rasulullah saw sentiasa mencari malam Al Qadr dan memerintahkan sahabat untuk mencarinya.
Baginda membangunkan keluarganya pada malam sepuluh terakhir dengan harapan mendapatkan Lailatul Qadr.
 
Dalam Musnad Ahmad dari Ubadah, Rasulullah saw bersabda:
 
"Barangsiapa yang bangun sebagai usaha untuk mendapat Lailatul Qadr, lalu ia benar-benar mendapatkannya, niscaya akan diampuni dosa-dosanya yang lalu dan yang akan datang."
 
Jika kaum salaf dari kalangan sahabat dan tabiin mandi dan memakai minyak wangi pada sepuluh malam terakhir untuk mencari Lailatul Qadr, malam yang telah  dimuliakan dan diangkat darjatnya oleh Allah. Maka perginya bulan ini dari sisi kita, bererti terlepasnya kesempatan yang tidak pernah terbayar dalam seluruh hidup kita sekalipun.
 
Ia bererti, lenyapnya kesempatan kita untuk memperolehi keuntungan 1000 bulan yang sangat jauh lebih lama berbanding dengan usia kita sendiri.
 
Oleh yang demikian :
  1. Jangan sia-siakan detik detik perpisahan ini.
  2. Rasakan benar-benar kehadiran kita di sini, di bulan ini.
  3. Lantunkan zikir, tilawah Al Qur’an, munajat, permohonan ampun di sini.
  4. Buanglah kepenatan, hilangkan rasa letih, dan paksalah diri ini hanya untuk hari-hari terakhir menjelang perpisahan dengan bulan yang penuh kemuliaan.
Kejarlah segala yang terluput dari diri kita sebelum ini pada malam Al Qadr dan jangan ditunda-tunda lagi.
 
Menangislah!!!  kerana kita pun semestinya akan berpisah dengan bulan ini.
 
Ya Allah, kurniankanlah kepada kami malam Al Qadr yang akan menjadi wasilah untuk kami mendapat keampunan dariMu dari segala dosa-dosa samada yang besar atau kecil, yang awal dan akhir, yang terang dan tersembunyi dan panjangkanlah umur kami sehingga kami dapat bertemu lagi di bulan Ramadhan yang akan datang.
 
Ameen Ya Rabbal Alameen
Wan Ahmad Sanadi
dipetik: http://ikram.org.my

Friday, August 19, 2011

I'tikaf Meraih Malam Al Qadr

Assalamualaikum ikhwah dan akhawat sekalian,

Dalam perjalanan kehidupan ini manusia sentiasa memerlukan dua perkara :

PERTAMA :
Penilaian diri untuk melihat sejauhmanakah sudah perjalanannya dan seperti apakah harapan-harapan yang telah dicapainya.

KEDUA ;
Mendapatkan tenaga untuk meneruskan perjalanan dan harapan-harapan yang belum dapat dicapainya.

Kedua-dua keperluan ini iaitu penilaian diri dan mendapatkan tenaga akan dapat kita penuhi ketika kita melakukan sebuah aktiviti dalam bentuk "I'tikaf" di Masjid.

Inilah Rahsia mengapa I'tikaf menjadi sebuah aktiviti yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah saw sejak pertama kali disyariatkan puasa sehingga beliau wafat.
Dalam rangkaian ayat-ayat tentang puasa yang Allah sebutkan dari ayat 183 –187 dalam surah Al-Baqarah, I'tikaf menjadi salah satu amal yang menjadi keutamaan untuk dilakukan selama bulan Ramadhan.

Dalam kaitan dengan fungsi penilaian diri, sesungguhnya waktu I'tikaf adalah saat yang paling tepat untuk kembali membangun semula perjalanan hidup kita untuk satu tahun kehadapan kerana di saat itulah kita terlepas dari segala aktiviti dunia dan penumpuan dalam melakukan ibadah dan merenung semula akan perjalanan hidup kita kerana antara aktiviti taqarrub kepada Allah dan usaha merenung ke dalam diri ada kaitan yang sangat erat , iaitu bahwa manusia, ketika melakukan ibadah yang bersungguh-sungguh akan memiliki kelembutan jiwa dan ketika jiwanya lembut maka dia akan lebih mudah untuk menyedari keadaan dirinya dan melakukan pembaikan ke atas kekurangan dan kesalahan-kesalahannya selama ini.

Inilah yang telah di isyaratkan oleh Allah swt :

"Wahai orang-orang beriman.! bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang memperhatikan apa yang telah dipersiapkan untuk hari esok(akhirat),dan bertaqwalah kepada Allah, sungguh Allah maha teliti terhadap apa yang kamu kerjakan".(QS Al-Hasyr :18)
Dalam kaitan bagi mendapatkan tenaga, I'tikaf merupakan waktu yang penuh dengan hari dan malam yang istimewa kerana di malam-malam dan hari-hari tersebut, orang yang melakukan I'tikaf akan memiliki kekuatan ibadah yang luar biasa dalam bentuk istighfar, tasbih, tahmid, takbir, tilawah dan berbagai macam ketaatan yang lain dan ini merupakan modal tenaga dan kekuatan yang sangat luar biasa kerana aktiviti ini akan berpengaruh kepada penambahan kekuatan dan tenaga dari Allah swt.

"Wahai kaumku, mohonlah ampun kepada Tuhanmu lalu bertaubatlah kepada-Nya, nescaya Dia menurunkan hujan yang sangat deras atasmu, dan Dia akan menambahkan kekuatan kepada kekuatanmu, dan janganlah kamu berpaling dengan berbuat dosa." (QS Hud : 52)
I'TIKAF DAN LAILATULQADR

Dalam pembahasan para ulama', salah satu sebab mengapa Rasulullah saw dan para sahabat begitu bersemangat dan teruja melakukan I'tikaf , iaitu dalam rangka meraih Lailatul Qadr kerana kaitan antara I'tikaf dan Lailatul Qadr begitu erat sekali dari sudut pandangan anugerah dan waktu.

Dari sudut anugerah, Lailatul Qadr merupakan sesuatu yang berharga yang mesti dicari dan diraih.

Dari sudut waktu, Lailatul Qadr merupakan saat yang mesti diisi kerana malam itu malam yang teristimewa berbanding malam-malam yang lainnya.

Di antara anugerah besar yang Allah swt berikan kepada kaum muslimin pada malam itu adalah anugerah penentuan taqdir-taqdir manusia untuk satu tahun kehadapan sebagaimana yang dijelaskan dalam Tafsir Ibnu Katsir.

Allah swt berfirman :
"Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam yang diberkati, sungguh Kamilah yang memberi peringatan. Pada malam itu dijelaskan segala urusan dengan penuh hikmah"(QS Ad-Dukhaan : 3-4)
Tentulah akan ada perbezaan antara penentuan taqdir Allah swt kepada orang-orang yang pada malam tersebut mengisi waktunya dengan taqarrub dan ketaatan dengan orang yang disibukkan dengan dunia.
Allah swt pasti lebih suka orang yang beribadah dari pada orang yang lalai dan bermaksiat kepadanya pada saat Dia menentukan taqdir-taqdirNya.

MATERIAL DAN KEROHANIAN

Permohonan dan munajat yang diajarkan oleh Baginda Rasulullah saw yang mesti kita perbanyakkan adalah permohonan yang bersifat kerohanian berupa pencerahan jiwa bukan sesuatu yang bersifat material seperti harta, jawatan dan hal-hal duniawi lainnya kerana terlalu naif apabila kita hanya mengharapkan berkat yang bersifat material.

Untuk itu ketika Ummul Mu'minin Aisyah ra bertanya kepada Rasulullah saw, apa yang mesti dibaca apabila mendapatkan Lailatul Qadr?

Maka Rasulullah saw menjawab :
Bacalah " Allahumma innaka afuwun karimun tuhibbul afwa fa'fu `anni" ertinya "Ya Allah Engkau Maha Pemberi maaf dan Maha Mulia, suka kepada kemaafan, maka maafkanlah aku" (HR.Imam Ahmad,Turmudzi dan Ibnu Majah)

Malam Al Qadr adalah satu malam yang suci. Tidak semua orang boleh mencapainya. Manusia tertidur dan setelah itu mereka menyesal kerana mereka kehilangan malam itu. Sementara yang lain pula kelihatan terjaga, tetapi mereka lalai dan oleh kerana itu mereka tidak melihat apa-apa.

Kita memohon kepada Allah Azza wa Jalla agar dapat memperolehi malam suci itu dan dihitung sebagai orang yang berhasil mencapainya.

Ada kekayaan yang nampak dan ada pula kekayaan yang tidak nampak (sesetengah orang kaya di dunia, sementara yang lain kaya di akhirat).
Jika kita datang mendekati mereka yang kaya di dunia ini, mungkin kita akan mendapat sesuatu dan mereka mungkin tidak akan membiarkan kita pulang dengan tangan kosong tetapi, mereka yang kaya di akhirat akan sentiasa memberi.
Siapa yang memberikan wang dan hartanya demi Allah, tidak akan pernah habis dan siapa yang memiliki kedudukan di akhirat akan memberi kepada orang yang mengikuti mereka untuk akhirat.

Pada malam itu, Allah membuka suatu rahmat dari samudera-samuderaNya, sehingga Dia memberikannya secara melimpah ruah kepada orang-orang yang mendapatkan malam itu. Kekayaan dari malam itu juga akan sampai kepada kita, Insyaallah…

Malam itu adalah malam yang paling tinggi barakahnya di antara semua malam. Kita mencuba untuk memenuhi kewajiban kita, tetapi kita tidak mampu untuk berbuat adil kepada Allah swt. Betapa jauhnya diri kita dari melayaniNya menurut cara yang patut bagiNya. Apa yang kita lakukan sebenarnya hanya memiliki nilai simbolik belaka.

Bulan ini berlalu sebegitu cepatnya. Kita berpuasa, tetapi kita bukannya kehilangan hari-harinya, justeru bahkan kekuatan kita terus bertambah. Jika Islam ini bukan yang haq (benar), bagaimana mungkin suatu perintah sejak 15 abad yang lampau masih tetap berlaku dan satu billion manusia melaksanakan puasa?

Sebuah kenderaan tidak dapat berjalan tanpa bahan bakar. Jika tidak ada suatu kekuatan kerohanian yang sedang dan tetap bekerja sejak 15 abad lalu, tentu Islam tidak akan bertahan hingga sekarang. Ada suatu kekuatan penggerak bagi Islam.

Adakah sesiapa yang merasa bosan terhadap suatu mata air yang segar? Saat Ramadhan bermula, hati-hati kita dipenuhi dengan kegembiraan. Jika tidak, tentu mereka bukanlah Muslim.

Siapa yang menghormati malam suci itu tidak akan jatuh ke jurang krisis dan siapa yang tidak menghormati malam itu, dia akan dicatat dan ditandakan oleh malaikat di pagi hari sebagai orang yang tidak melakukan sujud. Allah telah menyeru manusia untuk solat dan mereka tidak memenuhi seruanNya. Segala sesuatunya dicatat, tidak peduli siapa orangnya dan apa kedudukannya.

Bagi setiap manusia, akan tiba hari terakhirnya dan kematian adalah penuh dengan ketidaktentuan. Ianya adalah sedemikian rupa hingga seseorang tidak mahu dan tidak dapat melalui satu malam atau bahkan satu jam di dalam kubur di samping mayat seseorang yang telah mati.
Demikianlah ketakutan di tempat seperti itu. Setiap orang akan bersendirian di kuburnya masing-masing dan hanya ada kegelapan menemaninya.

Berusahalah untuk meninggalkan tubuh kita dalam keadaan bersih demi ruh kita. Adalah penting untuk pergi dalam keadaan suci dan baik agar para malaikat pun menerima kita dengan baik

Ketika seseorang mendapatkan keampunan di malam Al Qadr yang mulia itu, maka ia akan mendapatkan kejernihan dan pencerahan jiwa. Inilah yang akan melahirkan jiwa-jiwa yang sensitif yang sentiasa menilai diri dan meraih tenaga-tenaga dari Allah swt.

Selamat mencari malam Al Qadr dan kita berdoa semoga Allah swt mengurniakan malam yang berkat itu kepada kita.
dipetik dari: http://www.ikram.org.my

Friday, August 12, 2011

Program Saringan Kesihatan Percuma

Adakah Ramadhan menyihatkan anda ? Sudah tentu ! Berpuasa menyihatkan badan & iman ! 

Dengan ini Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq dengan kerjasama Ikram Petaling Jaya akan menganjurkan program tahunan saringan kesihatan Ramadhan percuma pada 13 Ramadhan 1432 / 13 Ogos 2011 masa 3.00 - 6.30 petang di Surau Madrasah Nurul Huda, Apartment Haji Abdullah Hukum. Insha-Allah semua dijemput hadir memberi sokongan dan kerjasama menjayakan program masjid bersama masyarakat.

Thursday, August 11, 2011

JADUAL KULIAH ZOHOR SEPANJANG RAMADHAN 1432.

KULIAH DI ADAKAN HANYA PADA SETIAP HARI ISNIN DAN RABU SETIAP MINGGU SEPANJANG BULAN RAMADHAN AL MUBARAK. 
JOM, PAKAT HADIR BERAMAI-RAMAI.



Jadual Kuliah Bulan Ramadhan 1432 H / Ogos 2011 M


Saidina Ali r.a. pernah berkata, Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu menjaga dirimu sedangkan kamu menjaga harta.
JADUAL MAJLIS ILMU
MASJID SAIDINA ABU BAKAR AS SIDDIQ
BANGSAR, KUALA LUMPUR
Ramadhan 1432 H / Ogos 2011 M
RAMADHAN
OGOS
WAKTU PENCERAMAH JAWATAN KITAB/ TAJUK
1 TAZKIRAH USTAZ KAMAL NAZMI PENCERAMAH BEBAS KEISTIMEWAAN  RAMADHAN
  ZOHOR      
3 TAZKIRAH USTAZ  ZULRAMLI  MOHD RAZALI PENCERAMAH BEBAS KESILAPAN /KESALAHAN 
DI BULAN RAMADHAN
  ZOHOR      
5 TAZKIRAH USTAZ  HJ HAZMAN HJ HASHIM KETUA IMAM MUNAKAHAT
  JUMAAT      
7 KULIAH UST PROF MADYA DR FAUZI DERAMAN PENSYARAH UM UMUM
  SUBUH      
8 TAZKIRAH UST AHMAD TERMIZI BIN  ABD RAZAK PENCERAMAH BEBAS RAMADHAN BULAN  QURAN
  ZOHOR      
10 TAZKIRAH USTAZ  MOHD. IZZAT BIN  MD ROPI PENCERAMAH BEBAS KELEBIHAN INFAQ DI BULAN RAMADHAN
  ZOHOR      
12 TAZKIRAH USTAZ  ROSLI BIN MOKHTAR PENSYARAH KUIS UMUM
  JUMAAT      
14 KULIAH USTAZ  MEEFTAH  BIN ANUAR PENCERAMAH BEBAS TANBIHUL GHAFILIN
  SUBUH      
15 TAZKIRAH USTAZ  ZUHDI  BIN MAMAT GURU BULAN RAMADHAN – PASTIKAN DOSA DIAMPUNI
  ZOHOR      
17 TAZKIRAH USTAZ MOHD FAISAL  BIN ABD HAMID PENSYARAH UM RAMADHAN BULAN JIHAD
       ZOHOR     ( PERANG BADAR )
19 TAZKIRAH USTAZ AHMAD FAISAL BIN ABD HAMID PENSYARAH UM UMUM
       JUMAAT      
21 KULIAH USTAZ ZAHAZAN BIN MPHAMMED PENCERAMAH BEBAS UMUM
      SUBUH      
22 TAZKIRAH UST HAZARUDDIN BIN  BAHARUDDIN PEGAWAI JAKIM FADHILAT DI AKHIR RAMADHAN
  ZOHOR      
24 TAZKIRAH USTAZ SHAHRIZAN BIN DAUD PENCERAMAH BEBAS SAMBUTAN AID FITRI –
  ZOHOR     DARI PERSPEKTIF ISLAM
26 TAZKIRAH UST. HAZARUDDIN BIN  BAHARUDDIN PEGAWAI JAKIM UMUM
  JUMAAT      
28 KULIAH USTAZ ROSLAN BIN MOHAMED PENSYARAH UM UMUM
  SUBUH