Photobucket

Wednesday, August 29, 2012

Hujan yang INDAH.



SUBHANALLAH! 


Beginilah keadaan hujan yang turun jika dilihat dari atas Kapal Terbang..

Betapa indahnya ciptaan ALLAH.
Jadi, bibir masih berat untuk mengucapkan SUBHANALLAH?

Please "SHARE" kehebatan ALLAH ini.

Jamuan Aidilfitri Peringkat Masjid Bangsar 1433H


Sila hadir beramai-ramai.. bawa keluarga sekali ye.

Thursday, August 16, 2012

SALAM AIDILFITRI.


Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada kami ; Pengerusi, JK Kariah dan warga kerja Masjid Bangsar Kuala Lumpur. Semoga Aidilfitri kali ini betul-betul memfitrahkan hati dan jiwa kita selepas sebulan kita berada dalam kembara ibadah sepanjang Ramadhan.

Ingatlah ALLAH di mana sahaja kita yang berada. Bagi yang memandu pulang ke kampung, memandulah dengan berhati-hati, jangan ikut emosi dan ingatlah orang tersayang yang sedang menanti.

Untuk makluman semua khususnya anak kariah Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar ,Solat Sunat Aidilfitri pada tahun ini akan diadakan pada Jam 8.30 pagi.

Moga "raya" anda mempunyai kualiti disisi ALLAH. Ameen.

Teruskan mengimarahkan masjid di mana anda berada, andai di jaga HAK ALLAH, YAKINLAH ALLAH AKAN JAGA KITA.

Sekali lagi, salam aidilfitri, KULLU 'AM WA ANTUM BI ALFI KHAIR daripada kami.

- Masjid Saidina Abu Bakar As Siddiq,
Jalan Ara, Bangsar,
59100 Kuala Lumpur.
-03 2283 3707 (Phone)
-03 2282 2222 (fax)
Emel : mbangsar@yahoo.com
Blog : www.masjidbangsar.blogspot.com
Tweeter : masjid bangsar
Fb : Masjid Bangsar Kuala Lumpur.


LAILATUL QADR YANG TERSEMBUNYI



Menurut Imam Fakhrurrazi bahawa Allah menyembunyikan malam lailatul qadar dari pengetahuan kita sebagaimana Dia menyembunyikan segala sesuatu yang lain. Dia menyembunyikan keredhaanNya pada setiap ketaatan sehingga timbul dala
m diri kita keinginan untuk melakukan semua ketaatan atau ibadat itu. Begitu juga Dia menyembunyikan kemurkaanNya pada setiap perkara maksiat agar kita berhati-hati dan menjauhi segala maksiat. Dia menyembunyikan wali-waliNya agar manusia tidak terlalu bergantung kepada mereka dalam berdoa sebaliknya berusaha sendiri dengan penuh keikhlasan dalam berdoa untuk mendapatkan sesuatu daripadaNya, kerana Allah menerima segala doa orang yang bersungguh-sungguh dan tidak mudah berputus asa.

Dia juga menyembunyikan masa mustajab doa pada hari Jumaat supaya kita lebih berusaha sepanjang harinya. Begitulah juga Allah menyembunyikan penerimaan taubat dan amalan yang telah dilakukan supaya kita sentiasa istiqamah dan ikhlas dalam beramal dan sentiasa bersegera dalam bertaubat. Demikianlah juga dengan penyembunyian malam lailatul qadar agar kita membesarkan dan menghidupkan keseluruhan malam Ramadhan dengan mendekatkan diri kepadaNya, bukan hanya sekadar menunggu malam lailatul qadar untuk beribadat dan berdoa.

Tetapi inilah penyakit besar yang menimpa umat Islam yang menyebabkan malam-malam Ramadhan menjadi lesu kerana mereka hanya menanti malam yang dianggap malam lailatul qadar sahaja untuk beribadat. Kerana terlalu mengejar kelebihan lailatul qadar yang mana kita tidak mengetahui masanya yang tertentu menyebabkan kita terlepas dengan kelebihan Ramadhan itu sendiri yang hanya datang setahun sekali.